salam 3layk
saya rinduuuuuuuuu Malaysia
to be exactly,my hometown Melaka
op kos i rindu asam pedas Melaka yang ada halba tu.sedap nyeeee :(
btw,nak share jugak resepi ni walaupun senang je kan
ini masakan ekpress nama nya,kalau idea dah kering...
mmg asam pedas la jadik santapan kami satu family.heheh
ini masakan ekpress nama nya,kalau idea dah kering...
mmg asam pedas la jadik santapan kami satu family.heheh
***
Bahan-bahan
4 ketul ayam
3-4 sudu cili kering kisar ( boleh tambah jika nak pedas lagi )
1 sudu serbuk kari
2 ulas bawang putih -kisar halus
1/2 biji bawang merah -kisar halus
1/2 tsp blackpaper *
1 tsp halba *
1 inch kunyit hidup
1-2 cawan air asam jawa
1 batang serai - ketuk
1 inch belacan
bendi/terung/tomato(optional)
minyak utk menumis
garam secukupnya
bahan bertanda * sangai dan kisar halus bersama bawang besar+bawang putih,kunyit hidup+blackpaper+belacan
Method :
1) Panaskan minyak.Tumis semua bahan kisar + serai yang dah di ketuk hingga naik bau
2) Masukkan cili kering kisar + serbuk kari dan tumis hingga terbit minyak
3) Masukkan ayam dan kecutkan sebentar.
3) Masukkan air asam jawa dan biar hingga menggelegak-kuantiti air asam jawa bergantung pd kite nak kuah pekat atau cair-TAPI JANGAN SAMPI MASAM PULAKS !.heheh
4) Masukkan terung/tomato/bendi
5)Siap! makan dengan nasi panas.nyummmnyummm!
terung goreng lada |
ni la menu gandingan nye.hihi.memang makan tak hingat dunia la kami sume :D
wslm
0 comments:
Post a Comment