Tuesday, November 15, 2011

Nasi Kabsa Ayam


salam 3layk


Setelah berkurun lama nak try masak kabsa rice,akhirnya dapat jugak buat.heheh.Masa Ramadhan lepas sempat buat Nasi Mandhi.Mak request buat for 2nd time,tak buat pon.huhu.Balik summer tahun depan pulaks la eh.Kali ni side dishes die combination Timur Tengah dan Asia.Lidah saya lidah melayu-lidah org noghori 9 + Melakeeee.Mana sah tak makan pedas.Hehe.so saya buat dalca sayur as kuah + Salatah (salad timun+tomato)

Chicken Kabsa Set.hewhewhew :D


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)- i guna kunyit jek.hihi
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu * tak letak*
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

 
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:
~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning. 

Salad :
Tomato-potong dadu
Timun-potong dadu
Sedikit cuka 
Gula & Garam
->Gaul semua hingga sebati

Mudah je kan.campak semua benda dalam nasi.
All nutrition in one dish :)
Selamat Mencuba !

0 comments:

Post a Comment

Birthday Cake