Tuesday, November 15, 2011

Asam Pedas Daging Kerbau

Salam 3layk

Salam Eidul Adha semua warga bumi Anbia dan orang di Malaysia.Sedih bila dengar org takbir sayup sayup pagi hari.huuuuuu~Tadi balik dari open house Gee dapat daging kerbau sumbangan kerajaan Negeri Perak untuk anak-anak Perak,eksaited lah jugak bila dapat sekilo daging kan.heheh..mula la nak plan itu ini.Di sebabkan Aisyah kata dia ngidam nak makan asam pedas daging nenek dia,so saya cuba la buatkan jugak Asam Pedas Daging ni walaupun rasa tak sama pon..ese teringin nak makan Asam Pedas Daging Tetel sebona eh.haihh.tggu la balik Msia nnt ^____^



Bahan-bahan

250 gm daging-rebus dan simpan air rebusan nya
1 tsp biji halba
1 biji bunga lawang
¼ sudu teh jintan manis *
¼ sudu teh jintan putih *
1 inch  belacan *
1 inch kunyit hidup / ½ sudu serbuk kunyit *
1 inch lengkuas *
1 inch halia *
1 tsp blackpepper
>bahan bertanda * kisar halus

Bahan C :
2-3 helai daun limau purut
1 btg serai - ketuk
1/2 cawan asam jawa
1-2 cwn Air rebusan daging
Garam
Minyak untuk menumis



Cara-cara :




















.
  1. Panaskan minyak.Tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan air rebusan daging.Biarkan menggelegak.
  3. Masukkan air asam jawa.Adjust rasa masam dan kepekatan kuah.(kalau masam kurang kan air asam jawa,kalau pekat sngt tambah la dengan air rebusan daging tadi )
  4. Masukkan serai dan daun limau purut.biar seketika.
  5. Masukkan garam.dan renihkan ikot kepekatan yang anda suka.
  6. Hidangkan dengan nasi panas.



sila lah cube.hihi,insyaALLAH licin pinggan.hee
maap la gambo takde.

wslm

0 comments:

Post a Comment

Birthday Cake