Wednesday, December 28, 2011

Aisyah's Birthday Celebs :)


Salam 3layk,



nothing to be updated
just a few pictures for December 2011 activities


ketam masak lemak-telur bistik-sayur campur-strawberry cheesecake untuk birthday girl

***

sorry Aisyah nothing special for you.heheh 


my baked Strawberry cheesecake.the taste was yummayhhhh.haha puji sndri okeh 

ok till then
see u all in next 2 months-i guess
doakan kami najah utk exam Sem 5 ni.

wslm

Monday, December 12, 2011

Karipap Kentang


Salam 3layk

bertemu kembali
ecewahhhhh~kali ni kita main cube2 buat karipap.
yela dulu mak buat kite tengok je.hahaha.padan muke!
Alhamdulillah menjadik jugak karipap ni dan sedap rangup giteww.
Recipe kulit karipap ni saya ambil dari dapur Kak Hana.
Sebab tatau sukatan yang sebenor nye.
Inti tu buat recipe sendiri je la.Bukan susah pon kan.
Kami buat dua inti ( kentang and sardine).
Lebih tu kami buat frozen karipap.Yela sekarang ni nak breakfast 
pon tak sempat.huhu

not bad kan kelim tu.hehe
tadaaaaa.ni lepas dah goreng.LOMO effect ni buat karipap ni nmpk gelap la pulak.huhu


oke mari check recipe Karipap Kentang kite ni :)



Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 250 gm marjerin - panaskan 
  • 4 sudu besar minyak masak - panaskan
  • sedikit garam yang dilarutkan ke dlm air

Inti ( others option sambal sardine :) )
  • 6 biji kentang
  • 2 biji keledek saiz sederhana
  • beberapa helai daun kari
  • daun sup-hiris halus
  • 2 biji telur rebus - potong dadu/hancur kan je
  • 1 labu  bwg besar-blend
  • 2 ulas bwg putih-blend
  • 4 sudu besar kari ayam/daging
  • garam
  • air
  • * boleh juga tambah daging/ayam cincang - kami takde stock.heheh
Cara-cara

Kulit karipap
  1. Panaskan minyak dan marjerin.
  2. Campurkan tepung + marjerin + minyak masak yang telah dipanaskan(petua untuk dapatkan kulit rangup ni). 
  3. Gaul rata guna sudu sbb panas. Masukkan sedikit-sedikit larutan air garam. Uli doh hingga tak melekat di tgn dan mangkuk adunan.
  4. Pastu rehatkan doh dalam peti sjuk for at least half an hour.
Inti :
  1. Kupas keledek dan kentang.Potong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumis bahan kisar + daun kari hingga naik bau.Masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak. Kemudian masukkan kentang dan keledek + air.Perasakan dengan garam . Rebus sehingga kentang empuk dan air kering.Pastu masukkan hirisan daun sup dan telur yang telah dihancurkan td.Tutup api.
  3. Sejukkan inti
  4. Mulakan proses mencanai doh.Jangan canai terlalu nipis-takot terburai isi nya,dan jgn juga terlalu tebal nnt tak syiok makan.
  5. Letak inti di tengah2 dan kelim ikot citarasa anda.(asingkan daun kari tu ye)
  6. Goreng dengan api yang sederhana. 
  7. Makan panas2.sedaaaaaaaaaaaaaaaaaap.hihi


p/s: Thanks Gee and Aisyah sbb sama-sama buat karipap ni.enjoy sungguh malam tu walaupun penat kan.hehe.Gee nnt kite belajar lagi mengelim ye.hihi :P

Wednesday, December 7, 2011

Simple Chilled Strawberry Cheesecake

salam 3layk

hey hey.winter intense my craving again !
btw,ni resepi express + low cost for cheesecake
tapi Gee kata rasa dia boleh challenge Secret Recipe,
tapi saya alter sedikit sebanyak recipe ni sbb cheese di sni masin :)
thanks to Gee and Aisyah yg bersungguh-sungguh nak belajo dan buat cheesecake ni.hihi.
tak lama lagi tak perlu dah any commands kot :DDD

so here's the recipe :

Base :
1 1/2 paket biskut merry
5 tbsp mentega-melted

Fillings :
125g Feta Cream Cheese (kalau di Msia saya guna Philladelphia)
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan fresh milk
3-4 paket whipping cream serbuk
vanilla essence

Topping :
Strawberry jam - I dissolve it with a bit of water in a pan over low heat, until it looks like a thick syrup.


Method :

Sediakan Base Cheesecake :

1)Use a food processor or blender to finely crush the biscuits.
2) Combine crushed biscuits with melted butter.Firmly press biscuit mixture into deep flan pan.
3) Place base in fridge for 1 hr to chill while making filling.

ha..gini la ropenye
Sediakan Fillings :

4) Beat double cream cheese+castor sugar+vanilla essence until completely smooth and creamy using spatula
5) Gradually drizzle in the fresh milk
5) Then put whiping cream and beat until it creamy.
6) Pour the mixture into the chilled base and place in the fridge for at least 8 hrs or overnite.




Serving :

6) Spread strawberry fillings/syrup onto it and enjoy with ur cheesecake!
*boleh juga letak strawberry jam / sliced strawberry ke dalam fillings.saya takda stock.I just spread that thicken strawberry syrup :)




ni breakfast sebelum p skulah sejuk-sejuk pagi tadi.huuu.nyummmm!



Friday, December 2, 2011

Soto Ayam

 Salam 3layk

Ini menu untuk budak mengidam.huhu.Winter buat saya craving tak tentu hala~Hari-hari akan tengok dessert recipe dalam iphone tu,setiap petang (kalau sempat )lepas habis kelas pon tengok any updates dari blogger lain.Kecuq air liuq cheq wehhhhh.Semua benda kalau boleh nak buat,cuma bergantung pada stock yang ada la.Now,stock makin berkurang.muahahaha.and i need to exercise lotsssssss!output kena sama dengan input energy.huhuhu~ape ape pon mari kite nengok recipe :D


Source: kelentang kelentung ikot cita rasa sendiri
Kuah soto :
  •   ayam, direbus ( saya rebus dan siat je )
  •   3 ulas bawang putih *
  •   1 labu bawang merah*
  •   1 batang serai*
  •   1 sup bunjut
  •   Rempah Soto Power- heheh memang power !
  •   1 sudu besar ketumbar (disangai dan di kisar halus)
  •   Air - digunakan untuk membuat stok ayam - renih
  •   3 sudu makan minyak masak
  •   Garam
* blend semua bahan sekali

p/s:kalau takde rempah soto, boleh je nak buat soto ni,macam buat sup ayam,cuma tambah black pepper,jintan manis,ketumbar,pes Sup

Cara



1.Rebus ayam terlebih dahulu.Keluarkan isi ayam yang telah empuk dan          siat-siat.Letak tepi.Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok ayam.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali lain.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga terbit bau.Masukkan pes Soto.
4. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam stok ayam .
5. Didihkan dan sesuaikan rasa 



Pegedil
  • 5 biji kentang kuning-rebus hingga empuk dan lenyek
  • Daun sup/saderi
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang goreng
  • 1 sudu serbuk pes soto
  • 1-2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur, dipukul
  • minyak untuk menggoreng
  • garam- optional 
  • * boleh juga masukkan minced chicken/beef

Cara
1. Lenyekkan kentang hingga hancur2

2. Masukkan  lada hitam, daun saderi/(sup) dan bawang goreng
3. Masukkan tepung jagung.gaul hingga sebati.
4. Masukkan garam dan  gaul rata
5. Kepalkan adunan
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam.untuk elakkan dari berlerai semasa menggoreng
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur dan goreng hingga keperengan

Sambal kicap
  • 15 biji cili padi- sini takde cili padi.i used cili hidup hijau je *
  • 2 ulas bawang putih *
  • ½ cawan kicap manis *
  • gula sedikit - tak letak

    * goreng hingga layu
 
Cara
1. blend cili , bawang putih , kicap hingga lumat


Cara  Hidangan :
  • Daging ayam - disiat-siat
  • Suhun, digoreng
  • Bawang goreng
  • Daun bawang/sup
  • Nasi Himpit 
  • Pegedil
1) letakkan semua bahan dalam mangkuk
2) curahkan kuah soto
3) Sedia di makan panas-panas :)




P/s : berjela kan resipi?tapi mudah jeeeee ponnn :D

Ayam Kicap Berempah ( versi pedas )


Salam 3layk

Kali ini saya mahu share satu resipi main campak-campak yang termudah untuk di masak~belog saya ni kan untuk mereka yang mahukan hidangan berkhasiat dan mudah untuk disediakan~hehehe,terutama untuk anak-anak dara yang masih study dan tak banyak masa nak allocate kat dapur :D , 
segan sebenornye nak post entry ni sbb macam budak kecik pon bole buat.huhu
mai la tengok resipi nye ye ^^


Ayam Kicap Berempah
Source : sendirian berhad.tehehehe~
Hidangan : 3 orang

Bahan-bahan :
Ayam - lumur dengan kunyit+garam-goreng setengah masak
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih
1 batang serai - titik/ mesin dengan bawang besar
1 inch halia - tak letak sbb stock dah habis.huhu
2-3 tbs cili padi kisar
1 tsp serbuk jintan manis
1 tsp serbuk ketumbar
4 tbs kicap manis
1 tbs sos cili
1 tbs sos tiram
2 biji ubi kentang - potong nipis dan goreng
1 biji tomato - belah 4
1 biji cili benggala - potong panjang
1/2 cawan chicken broth @ air

Cara- cara :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
  2. Masukkan serai yang telah dititik.Kemudian masukkan pula serbuk ketumbar dan jintan manis.Tumis lagi hingga harum.
  3. Masukkan kicap,sos cili,sos tiram.Kacau rata
  4. Masukkan chicken broth/air-ikut la nak kuah banyak atau tidak.Masak hingga kuah pekat sedikit.
  5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah di goreng,cili benggala dan tomato.Biar kan seketika dan angkat
  6. Sodap di makan panas-panas.nyum nyummmmmmm :D

Have a try !
see ~ 10 minit pon da bole siap.hehe.Bertambah-tambah kami makan malam semalam walaupun masing-masing kepedasan.pedas itu nikmat.hehe :)


wslm
Birthday Cake