Thursday, February 7, 2013

Lasagna Bolognese

Salam 3layk


***
 



Entri sebelum ni berkisar makanan dari Pantai Timur Malaysia kan, sekarang kita berubah angin terus ke Itali.heheh.dah lama pon buat ni,masa buat surprise utk Aisyah.Maaf sangat-sangat sebab makanan cukup2 je utk semua orang.sobss.Lenkali kite buat makan2 lagi ye.Ok actually resipi aaaaaaamattttt mudah dan sedap!yummmayhhh.Any recipes bila di buat dengan tertibnya dan sentiasa selawat ke atas Nabi, iAllah sangat barakah dan sedap masakan kita tu .Sos merah tu saya buat sama macam sos untuk spaghetti bolognese.That's my preference.Jom cekidaut resipi nya :)


Lasagna Bolognese

Bahan-bahan :
1 kotak Kepingan Instant Lasagna-tak perlu rebus dlu

Sos Merah :

300g daging kisar
1/2 biji bawang besar-potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
1/2 inch halia-hiris nipis
1/2 tbsp serbuk lada hitam
1/2 tbsp serbuk lada putih
oregano- ikut la nak letak byk mana
1 tin cendawan butang-toskan airnya & basuh,cincang sedikit
1/2 btg carrot - potong dadu
1/2 - 1 tin tomato puree
1 tbsp cili kisar
gula dan garam secukupnya
2 tbsp olive oil/butter

Cara-cara :

1) Panaskan butter/olive oil.Tumis bawang putih,bawang merah,halia hingga wangi dan sedikit layu.
2) Masukkan cili kisar,tumis sedikit garing kemudian masukkan daging kisar dan carrot.Tumis hingga daging bertukar warna brownish.
3) Masukkan 1/2 tin tomato puree dan secawan air.Biarkan mendidih dan  kuah sedikit pekat.
4) Masukkan cendawan butang,oregano,lada sulah dan lada hitam.Kacau rata.
5) Perasakan dgn garam dan gula.
6) Agak2 kuah pekat matikan api.*Tapi jngan terlampau pekat,nnt kulit lasagna tak masak!


Sos Putih

2 slice cheddar cheese - dalam kotak tu
2 cawan susu - nak kuah lagi tambah la
1 tspn butter
garam-optional


Cara-cara
1) Cairkan butter.Masukkan susu.Biarkan suam sedikit,kemudian masukkan cheese.Gunakan api perlahan.
2) Kacau sampai cheese tu larut.dan sebati semuanya.Perasakan dgn garam sedikit
3) Tutup api bila kuah dah pekat


To assemble
1) Sediakn loyang yg bersesuaian.Tuangkan kuah bolognese tadi dan ratakan dalam loyang.
2) Kemudian curah sos putih.
3) Susun kepingan lasagna atasnya.
4) Ulang step 1,2,3 hingga habis.Lapisan paling atas mesti curah dengn sos putih!
5) Bakar pada suhu 180 degree selama 15 minit.
6) Sejukkan kejap dan potong.yummayh!



*mesti letak kuah daging dibahagian bawah,supaya senang nak potong nnt.
*curah kuah byk2 utk elak lasagna tidak masak.




5 comments:

nabila azmi said...

mmg tunggu resepi nih=p

nabila azmi said...

sedap ya amat.!

bintul-bakr said...

hehe.sory la,malas bebenau skang ni.try nnt tau angah!senang sgt kan :)

nabila azmi said...

hehe...sekali update haa...sedebuk resepi.hehe

bintul-bakr said...

sekarang aktiviti mendelete gambo2 dalam tepon n upload la kat mane2 yg patot.hehe.lepaih ni tggu la berkurun2 pulak.hehe,lg pon ipon ni mengada2 nak transfer doc.haihhh -,-

Post a Comment

Birthday Cake