Thursday, February 7, 2013

Kuih Cucur Jawa


Salam 3layk

Berderet entri dessert je lah ek.Kali ni dessert cara orang melayu kampung pula.Cucur jawa ni salah satu fav since budak hingusan lagi.hehehe.Paling suka bahagian rangup tepi2 tu.mabeles uols,Tapi bila buat sendiri ni kan kita tahu segala ingredients,so taubat takmo makan dan beli selalu.Sekali sekala apa salahnya kan.Tapi saya punya tak lawa sangat,tang rasa memang sama yg pernah makan sebelum ni.ok la tu kan?heee :)




Bahan2:
  • 500g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • 650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
  • 3/4 sudu teh garam
  • 500g gula apong/gula melaka - saya guna gula melaka 
  • Minyak masak secukupnya
Cara2:
  1. Dalam bekas, satukan tepung gandum dan tepung beras.
  2. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
  3. Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
  4. Tapis gula ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
  5. Tapis adunan dan perap semalaman. 
  6. Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang dogoreng satu persatu. Selamat mencuba!

4 comments:

nabila azmi said...

err...ni kuih unik!!..first time angah dengar bleh x???..hoho...menarik2..bleh wat minum ptg nih...

bintul-bakr said...

dibah pon pnggil cucur je dulu2 ,kalau angah nak tgk the real shape,gugel la :D
tapi siyes sodappppp.budak2 rumah ni tak pernah makan

nabila azmi said...

angh pon xpnh mkn..nk kene try nih...

lavenderlover said...

1st time tahu pasal kuih ni.. nmpk sedap..yum2..

Post a Comment

Birthday Cake