Thursday, December 13, 2012

Cheezy wedges

Salam 3alayk

Dah lama sebenarnya simpan resipi ni dan dah lama juga di-digest dalam perut.hehe.Buat pon tak plan,balik dari kelas sementara tggu housemate lain, sy buatkan cheezy wedges n cream puff dari entry sblum ni.heheh,nak buat cemana perot macam anak gajah :p ok jom tgk resipi yg mudah bebeno ni,lepas ni takpayah pegi KFC or any fast food restaurants semata-mata nak makan cheezy wedges.hehe.me-is-cheezy -wedges-lover :D



Cheezy Wedges

  • 4 biji kentang
  • air untuk merebus - letak 1 cawan
  • 4-5 tbsp tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam tu
  • 1 tsp serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka)
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara
Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!

 Cream cheese topping
  • 200gm cheese slice
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan (125ml) susu segar
  • 2 sudu besar yogurt perasa asli 
  • setitik pewarna kuning telur - sy tmbh
Cara-cara
  1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
  3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
  4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese cair.
  5. Masukkan yogurt dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
  6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.





2 comments:

nabila azmi said...

sedap222..hehhee..xpasal2 je ramai gak mintk resepi dibah kat kitorg..heheh

lavenderlover said...

dah try & ramai plak minta resepi kan..thanks to ur sedap giler cheesy wedges resepi.. i am cheesy wedges lover too.. hehe =)

Post a Comment

Birthday Cake