Sunday, December 9, 2012

Caramel Rainbow Cake

Salam 3layk

Ni resipi yg dah saya try berkurun :p tak lah berkurun sangat,raya lepas sempat buat masa kat Msia.First trial, karamel tak berapa jadik.Rasanya ada kesilapan teknik.hihi.Sebab saya p jerang karamel atas api.mueehehehe.tak paham arahan betul kan!Other than that, texture kek ni saaaaaaaaaaaaaaaaaaangat la gebus n bila makan rasa nak makan lagi dan lagi dannnn lagi.hihi.Lagi satu, paling saya suka adalah kek ni sangat mudah dibuat.mai kite tengok resipi ye.Tengok kat blog Kak Ita ni senang,sebab semua step dah ada =)

see.karamel tak smooth.sodeh den


Source : Kak Ita

Caramel Rainbow Cake

Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir

  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  3. Ketepikan.


Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
To assemble :
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
  3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.Jangan risau kek korang takkan tenggelam punya.hee~
  4. Belang- belangkan adunan
  5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  7. Akhir sekali dengan satu sudu.
  8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.

  • Panaskan oven terlebih dahulu.Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  • Gunakan api bawah sahaja.


0 comments:

Post a Comment

Birthday Cake