Salam 3layk
Kali ini saya mahu share satu resipi main campak-campak yang termudah untuk di masak~belog saya ni kan untuk mereka yang mahukan hidangan berkhasiat dan mudah untuk disediakan~hehehe,terutama untuk anak-anak dara yang masih study dan tak banyak masa nak allocate kat dapur :D ,
segan sebenornye nak post entry ni sbb macam budak kecik pon bole buat.huhu
mai la tengok resipi nye ye ^^
Ayam Kicap Berempah
Source : sendirian berhad.tehehehe~
Hidangan : 3 orang
Bahan-bahan :
Ayam - lumur dengan kunyit+garam-goreng setengah masak
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih
1 batang serai - titik/ mesin dengan bawang besar
1 inch halia - tak letak sbb stock dah habis.huhu
2-3 tbs cili padi kisar
1 tsp serbuk jintan manis
1 tsp serbuk ketumbar
4 tbs kicap manis
1 tbs sos cili
1 tbs sos tiram
2 biji ubi kentang - potong nipis dan goreng
1 biji tomato - belah 4
1 biji cili benggala - potong panjang
1/2 cawan chicken broth @ air
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
- Masukkan serai yang telah dititik.Kemudian masukkan pula serbuk ketumbar dan jintan manis.Tumis lagi hingga harum.
- Masukkan kicap,sos cili,sos tiram.Kacau rata
- Masukkan chicken broth/air-ikut la nak kuah banyak atau tidak.Masak hingga kuah pekat sedikit.
- Akhir sekali masukkan kentang yang telah di goreng,cili benggala dan tomato.Biar kan seketika dan angkat
- Sodap di makan panas-panas.nyum nyummmmmmm :D
Have a try !
see ~ 10 minit pon da bole siap.hehe.Bertambah-tambah kami makan malam semalam walaupun masing-masing kepedasan.pedas itu nikmat.hehe :)
wslm
2 comments:
nak lagi diba! :)
hehehe..nnt kite buat keli masak gini pulak eh :p
Post a Comment