Friday, December 2, 2011

Soto Ayam

 Salam 3layk

Ini menu untuk budak mengidam.huhu.Winter buat saya craving tak tentu hala~Hari-hari akan tengok dessert recipe dalam iphone tu,setiap petang (kalau sempat )lepas habis kelas pon tengok any updates dari blogger lain.Kecuq air liuq cheq wehhhhh.Semua benda kalau boleh nak buat,cuma bergantung pada stock yang ada la.Now,stock makin berkurang.muahahaha.and i need to exercise lotsssssss!output kena sama dengan input energy.huhuhu~ape ape pon mari kite nengok recipe :D


Source: kelentang kelentung ikot cita rasa sendiri
Kuah soto :
  •   ayam, direbus ( saya rebus dan siat je )
  •   3 ulas bawang putih *
  •   1 labu bawang merah*
  •   1 batang serai*
  •   1 sup bunjut
  •   Rempah Soto Power- heheh memang power !
  •   1 sudu besar ketumbar (disangai dan di kisar halus)
  •   Air - digunakan untuk membuat stok ayam - renih
  •   3 sudu makan minyak masak
  •   Garam
* blend semua bahan sekali

p/s:kalau takde rempah soto, boleh je nak buat soto ni,macam buat sup ayam,cuma tambah black pepper,jintan manis,ketumbar,pes Sup

Cara



1.Rebus ayam terlebih dahulu.Keluarkan isi ayam yang telah empuk dan          siat-siat.Letak tepi.Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok ayam.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali lain.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga terbit bau.Masukkan pes Soto.
4. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam stok ayam .
5. Didihkan dan sesuaikan rasa 



Pegedil
  • 5 biji kentang kuning-rebus hingga empuk dan lenyek
  • Daun sup/saderi
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang goreng
  • 1 sudu serbuk pes soto
  • 1-2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur, dipukul
  • minyak untuk menggoreng
  • garam- optional 
  • * boleh juga masukkan minced chicken/beef

Cara
1. Lenyekkan kentang hingga hancur2

2. Masukkan  lada hitam, daun saderi/(sup) dan bawang goreng
3. Masukkan tepung jagung.gaul hingga sebati.
4. Masukkan garam dan  gaul rata
5. Kepalkan adunan
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam.untuk elakkan dari berlerai semasa menggoreng
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur dan goreng hingga keperengan

Sambal kicap
  • 15 biji cili padi- sini takde cili padi.i used cili hidup hijau je *
  • 2 ulas bawang putih *
  • ½ cawan kicap manis *
  • gula sedikit - tak letak

    * goreng hingga layu
 
Cara
1. blend cili , bawang putih , kicap hingga lumat


Cara  Hidangan :
  • Daging ayam - disiat-siat
  • Suhun, digoreng
  • Bawang goreng
  • Daun bawang/sup
  • Nasi Himpit 
  • Pegedil
1) letakkan semua bahan dalam mangkuk
2) curahkan kuah soto
3) Sedia di makan panas-panas :)




P/s : berjela kan resipi?tapi mudah jeeeee ponnn :D

2 comments:

kurus said...

salam kenal dari akak

\hurmmm sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

bintul-bakr said...

Salam kak ieda..
alamak segan la pulak ade org tengok belog saya ni.hihi.salam perkenalan dari sye jugak kak :)

Post a Comment

Birthday Cake