Monday, January 23, 2012

Asam Pedas Ikan Melaka style Perantauan


Salam 3layk

Tajuk entry macam tak leh bla je kan.ekekeke.name je lebih,tapi simple je sebenarnye,boleh main campak-campak time tumis pastu tinggal kan die mereneh dan buat keje lain*style mak la ni*.Kalau dekat Malaysia mak kate ni masakan masa bila *M* menjelma dalam diri dan jika kesuntukan masa.Asam Pedas juga merupakan menu yang slalu kami santap sekeluarga~name pon org Melakeeee kan.seminggu 3 kali masak asam pedas pon tade hal punye.Tapi kali ni style perantau ikot stok yg ade je le yer :)





Asam Pedas Ikan style Melaka

Bahan-bahan :

2 ekor ikan kembung
cili kering kisar - setengah senduk kecil - saya suka kuah pekat
bawang putih - 3 ulas *
bawang besar - 1/2 biji *
1 tsp halba - sangai
1 inch belacan bakar *
kunyit hidup - besar ibu jari *
lada hitam biji - sangai dan mesin
1/2 - 1cawan air asam jawa
1 cawan air
2-3 tbsp minyak untuk menumis
garam kasar/halus *
tomato/bendi/terung

#kisar bahan-bahan bertanda * #

Cara-cara :

1) Panaskan minyak.Tumis bahan kisar,halba,lada hitam dan tumis hingga garing dan naik bau.
2) Masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai betul2 garing dan terbit minyak.Guna api sederhana utk elakkan hangus.
3) Masukkan air asam jawa.Biarkan seketika.
4) Masukkan ikan dan masak dengan api perlahan hingga kuah pekat
    (tambah air/air asam jawa mengikut citarasa/kepekatan/kemasaman kuah yg anda mahukan)
5) Perasakan dengan garam.Sesuaikan rasa masam dan masin nye.
6) Masukkan tomato dan biar seketika.Padamkan api.
7) Sedia di makan dengan nasi panas ^^

2 comments:

Miss Amateur Cook said...

yeay diba dh buat resepi!!!! tq diba. nanti nak cuba buat. tak sedap nasib korang. :b

bintul-bakr said...

muehehehehehehe..keranamu aisyahhhh~dah kene sound kene la buat entry baru :p haha.ade lagi kat draft nnt ler esok2 lepas exam publish.huu~

Post a Comment

Birthday Cake