Monday, January 23, 2012

Sayur Jawa


Salam 3layk


Saya tak tahu nama sebenar lauk ni,tapi saya panggil sayur Jawa.hahaha~sebab dia ade tempe kot.Tapi memang jadi favourite saya pun dari dulu hingga sekarang.Kalau ada udang saya buat ratah macam tu je. Selalunya orang letak hempedal/hati.Tapi ayah tak bagi makan organ dalaman ni selalu sangat.huhu~
Sekali sekala bole lah kan :)


***

Sudi-sudi la jamu mata anda ye.hikhikhik~


Bahan-bahan :

2 biji kentang - potong nipis dan goreng
segenggam kacang buncis - sini takde kacang panjang
1 paket kecil suun -  rendam  dan di potong skit
1 paket kecil tauhu kering -  rendam dan potong kecil
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar kicap manis

senggenggam ikan bilis *
1 batang cili hidup-potong serong nipis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cwn santan pekat- tak letak
tauhu dan tempe -goreng dan potong nipis - tak letak

# kisar bahan bertanda * #

Cara-cara:
1) Panaskan minyak.Tumis bahan kisar hingga harum.
2) Masukkan kicap dan goreng lagi.Masukkan sedikit air-sbb saya tak guna santan.
3) Masukkan kacang buncis.Biar seketika.Masukkan suun,tauhu kering.,cili hidup.
4) Perlahan api dan biar sayur kering dan kuah meresap dalam sayuran.
5) Setelah kuah meresap,padamkan api dan sedia di hidang :)

p/s : saya takda bahan-bahan rencah yang best,so saya guna ikan bilis je la.sobsobbb T_T

0 comments:

Post a Comment

Birthday Cake