Showing posts with label Kuih muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih muih. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Late Supper


Salam 3alayk

we're already in summer,but my hunger center stimulate actively just like in winter.ohohohohohoh..47kgs mimpi je la kalau gini.I'm gonna planning something for my pola pemakanan which is tak tahu la jadik apa nanti as my dermatologist doctor said i've IDA(iron deficiency anemia) wah nama penyakit scary je.Now memang dah biasakan a glass of milk everyday.Tak boleh skip nanti emak marah dan risau pasal anak dara dia sorang ni..hihihihi



errr.ok,enough babbling.

V
V
V
V
ok~last nite I and Aisyah had this-abt 10.00pm ( its like 11/12 midnight in Msia.tehehehe)
oh Gee on diet to get her weight 50kgs-skeleton (?)
Good Luck lah mate.ekekeke :p





ni supper ke hape.ish anak dara
 '____________'

Monday, March 19, 2012

Apam Balik Simple

Salam 3alayk 

Upon some request from cik-gorgeous sekalian,saya tetap juge update in this fatrah exam.hiksss,we just started our study week for a week.Semoga Allah mudahkan segalanya dan tidak di rapuhkan hati dengan hal yang tidak patut.whoaaahhh statement kelas tewwwww :p ok ok nak cakap pasal Apam Balik.Idea nak buat ni daripada Kak Syima semasa kami berkunjung ke Berlin January lepas.Baru tahu ter-amat simple je buat Apam Balik ni jika kita ikut resepi dengan betul.ekekeke,jgn derhaka resepi okay (something happened for the 1st batter-idk).Hm,lepas ni tak payah nak pegi pasar malam atau beli tepi jalan tu.Kalau buat kat rumah kan terjamin kebersihan dan ke-HALAL-an makanan tu,siap baca selawat skali kan..ceh cehhh~



APAM BALIK

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan susu segar ataupun (1 1/2cawan susu cair tambah 1/2 cawan air)
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C (tabur)
1 tin jagung krim - sy buat homemade cream corn :)
sedikit gula pasir
Kacang tanah yg telah dihancurkan
Sedikit Planta (jika suka)

Cara membuat
1)- Gaulkan semua bahan A di dalam mangkuk besar
2)- Masukkan bahan B dan kacau rata
3)- Panaskan kuali dan sendukan adunan
4)- Biarkan adunan tiga suku masak (biar sekejap aje)
5)- Taburkan Bahan C dan (tutup kuali seketika)
6)- Lipat dan hidangkan

Monday, December 12, 2011

Karipap Kentang


Salam 3layk

bertemu kembali
ecewahhhhh~kali ni kita main cube2 buat karipap.
yela dulu mak buat kite tengok je.hahaha.padan muke!
Alhamdulillah menjadik jugak karipap ni dan sedap rangup giteww.
Recipe kulit karipap ni saya ambil dari dapur Kak Hana.
Sebab tatau sukatan yang sebenor nye.
Inti tu buat recipe sendiri je la.Bukan susah pon kan.
Kami buat dua inti ( kentang and sardine).
Lebih tu kami buat frozen karipap.Yela sekarang ni nak breakfast 
pon tak sempat.huhu

not bad kan kelim tu.hehe
tadaaaaa.ni lepas dah goreng.LOMO effect ni buat karipap ni nmpk gelap la pulak.huhu


oke mari check recipe Karipap Kentang kite ni :)



Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 250 gm marjerin - panaskan 
  • 4 sudu besar minyak masak - panaskan
  • sedikit garam yang dilarutkan ke dlm air

Inti ( others option sambal sardine :) )
  • 6 biji kentang
  • 2 biji keledek saiz sederhana
  • beberapa helai daun kari
  • daun sup-hiris halus
  • 2 biji telur rebus - potong dadu/hancur kan je
  • 1 labu  bwg besar-blend
  • 2 ulas bwg putih-blend
  • 4 sudu besar kari ayam/daging
  • garam
  • air
  • * boleh juga tambah daging/ayam cincang - kami takde stock.heheh
Cara-cara

Kulit karipap
  1. Panaskan minyak dan marjerin.
  2. Campurkan tepung + marjerin + minyak masak yang telah dipanaskan(petua untuk dapatkan kulit rangup ni). 
  3. Gaul rata guna sudu sbb panas. Masukkan sedikit-sedikit larutan air garam. Uli doh hingga tak melekat di tgn dan mangkuk adunan.
  4. Pastu rehatkan doh dalam peti sjuk for at least half an hour.
Inti :
  1. Kupas keledek dan kentang.Potong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumis bahan kisar + daun kari hingga naik bau.Masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak. Kemudian masukkan kentang dan keledek + air.Perasakan dengan garam . Rebus sehingga kentang empuk dan air kering.Pastu masukkan hirisan daun sup dan telur yang telah dihancurkan td.Tutup api.
  3. Sejukkan inti
  4. Mulakan proses mencanai doh.Jangan canai terlalu nipis-takot terburai isi nya,dan jgn juga terlalu tebal nnt tak syiok makan.
  5. Letak inti di tengah2 dan kelim ikot citarasa anda.(asingkan daun kari tu ye)
  6. Goreng dengan api yang sederhana. 
  7. Makan panas2.sedaaaaaaaaaaaaaaaaaap.hihi


p/s: Thanks Gee and Aisyah sbb sama-sama buat karipap ni.enjoy sungguh malam tu walaupun penat kan.hehe.Gee nnt kite belajar lagi mengelim ye.hihi :P

Tuesday, November 15, 2011

Apam Polkadot


 

Source : Mak Ngah tonyen :p

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 130 gm susu segar 
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) -bole gnti filling lain,takmo letak pon bole.
  • pewarna kesukaan  ( sy guna kaler traffic light :D )

Cara-cara:-

  1. masuk semua bahan ke dalam mixer bowl, beat for at least 8 min.
  2. bahagikan adunan ke dalam beberapa bekas.(ikut la warna yg nak dibuat)
  3. Titiskan pewarna ke dalam setiap adunan,dan masukkan dalam piping bag.
  4. Picitkan sket adunan dalam mangkuk kertas-smpi tertutup 3/4 base cup.
  5. Masukkan blueberry filling. amek adunan laen yg contra warnanya ,buatkan dot dot atas permukaan tu.
  6. Letakkn mangkuk kertas dlm acuan apam.Kukus dalam pengukus yg dah dipanaskan.Kukus dlm 10 min,jgn sampi kembang/merekah sgt pulak nnt
notes :
  • guna api sederhana je-takmo bg apam merekah
  • kegunaan acuan apam-bg apam naik kembang canteks gitewwww :D (saya tak guna pong..hee)
  • letak yogurt lagi rasa lemaks-lemaks berkrim.
  • piping bag bole guna plastik yg bungkus lauk tu.pastu gunting sket hujung bucu utk buat corong piping bag tu.tak payah guna nozel pong takpe.


ni le acuan apam :)
***

tadaaa

Birthday Cake