Showing posts with label menu raya. Show all posts
Showing posts with label menu raya. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Kuah Kacang Versi Perantau

Salam 3alayk


Entry ni rentetan episode Apam Balik ye adik-adik.hihi..Saya lah yang teringin sangat sangat nak makan nasi impit dan kuah kacang.Malam sebelum masak ni saya dah bgtahu kat Aisyah nak buat breakfast Nasi Impit & Kuah Kacang.Then Aisyah decide nak buat Kuah Lodeh,sambil saya bg direction alam maya guane nak buat Kuah Lodeh pada Aisyah sbb dia takut bebeno nak masak Kuah Lodeh tu,
Alhamdulillah menjadi je Kuah Lodeh yg Aisyah buat..sedap tauuuu lepas ni dah tak perlu arahan kot :p cuma kami dapat tauhu yang dah masam.sobbsobbsss,tak patut sungguh si penjual :(:(:(
ok,ni resepi kuah kacang paling simple esp kita yang di perantau ni.
Rindu masakan emak Y_Y

Have a try :')






Bahan-Bahan

2 cawan kacang tanah-goreng dan tumbuk
1-2 batang serai*
1 labu bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inch lengkuas- takde stok
sedikit air asam jawa
gula pasir - bergantung tahap manis yang anda mahu
secubit garam
2-3 sudu cili kering kisar-bergantung kpd kepedasan anda
1-2 cawan air- bergantung kpd kepekatan yg anda mahu

#kisar bahan bertanda *

Cara - cara

1) Panaskan minyak di dalam periuk.Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar dan goreng hingga betul2 garing
3) Masukkan kacang,air asam jawa dan air.Kacau selalu.Gunakan api yg perlahan nnt berkerak pulak.hihi
4) Masukkan gula dan garam.Biarkan kuah pekat dan keluar berminyak sedikit
5) Tutup api dan boleh di hidangkan dengan nasi impit & kuah lodeh.

makan lagi sebelum ke kelas.heee :D






Tuesday, November 15, 2011

Menu Raya Anak Perantau


salam 3layk



Famous Amos Cookies-like-Recipe

salam 3layk


Tahun ni saya dengan semangatnya nak buat cookies for raya eve!
So,my mom semangat juga beli barang2 utk anak dara dia "bertukang" kat dapur.hihi
dapat la buat 6/7 jenis cookies.oh alhamdulillah bila semua licin.muehehe
so ,here i paste one of the recipes.

biscuit chocolate chips ni memang ada ala-ala Famous Amos yg menggoda gastric juice tu.

~~~~~
Famous Amos-like-Recipe


Bahan A :
  •  3/4 cwn gula perang ( kalo nak manis,lbihkan sket,tp ni pon da cukup manis)
  • 1 cawan butter( at room temperature)
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu segar
  • 1sk vanilla extract
Bahan B :
  • 4 cawan tepung gandum 
  • 1 sk garam
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang@ almond cincang (any kacang )
  • 2 cawan semisweet chocolate chips ( i letak 4 cawan..kih3)
**cookies ni agak rapuh ,kalau nak keras sket,tambah le tepung skit ye ^__^ 


method :

1) satukan bahan-bahan A dan pukul smpi kembang
2) satukan bahan-bahan B ke dlam adunan yg dah kembang tadi,- kalo nak macam famous amos tu kaup guna spatula je - ( jgn guna mixer,nnt choc chips hncur dan adunan jadik kaler coklat gelap)
3)rehatkan adunan dalam fridge selama 30 min
4) sudukan adunan atas dulang pembakar yg dah di griskan.
5)bakar pada suhu 180 dgree celcius selama 10-15min

6)doneeeee..sedia di ngapngappppppp~ 
Birthday Cake