Salam 3layk
Ini menu untuk budak mengidam.huhu.Winter buat saya craving tak tentu hala~Hari-hari akan tengok dessert recipe dalam iphone tu,setiap petang (kalau sempat )lepas habis kelas pon tengok any updates dari blogger lain.Kecuq air liuq cheq wehhhhh.Semua benda kalau boleh nak buat,cuma bergantung pada stock yang ada la.Now,stock makin berkurang.muahahaha.and i need to exercise lotsssssss!output kena sama dengan input energy.huhuhu~ape ape pon mari kite nengok recipe :D
Source: kelentang kelentung ikot cita rasa sendiri
Kuah soto :
p/s:kalau takde rempah soto, boleh je nak buat soto ni,macam buat sup ayam,cuma tambah black pepper,jintan manis,ketumbar,pes Sup
Cara
1.Rebus ayam terlebih dahulu.Keluarkan isi ayam yang telah empuk dan siat-siat.Letak tepi.Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok ayam.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali lain.
3. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga terbit bau.Masukkan pes Soto.
4. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam stok ayam .
- ayam, direbus ( saya rebus dan siat je )
- 3 ulas bawang putih *
- 1 labu bawang merah*
- 1 batang serai*
- 1 sup bunjut
- Rempah Soto Power- heheh memang power !
- 1 sudu besar ketumbar (disangai dan di kisar halus)
- Air - digunakan untuk membuat stok ayam - renih
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam
p/s:kalau takde rempah soto, boleh je nak buat soto ni,macam buat sup ayam,cuma tambah black pepper,jintan manis,ketumbar,pes Sup
Cara
1.Rebus ayam terlebih dahulu.Keluarkan isi ayam yang telah empuk dan siat-siat.Letak tepi.Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok ayam.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali lain.
3. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga terbit bau.Masukkan pes Soto.
4. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam stok ayam .
- 5 biji kentang kuning-rebus hingga empuk dan lenyek
- Daun sup/saderi
- Serbuk lada hitam
- Bawang goreng
- 1 sudu serbuk pes soto
- 1-2 sudu besar tepung jagung
- 1 biji telur, dipukul
- minyak untuk menggoreng
- garam- optional
- * boleh juga masukkan minced chicken/beef
Cara
1. Lenyekkan kentang hingga hancur2
2. Masukkan lada hitam, daun saderi/(sup) dan bawang goreng
3. Masukkan tepung jagung.gaul hingga sebati.
4. Masukkan garam dan gaul rata
5. Kepalkan adunan
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam.untuk elakkan dari berlerai semasa menggoreng
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur dan goreng hingga keperengan
Sambal kicap
- 15 biji cili padi- sini takde cili padi.i used cili hidup hijau je *
- 2 ulas bawang putih *
- ½ cawan kicap manis *
- gula sedikit - tak letak
* goreng hingga layu
Cara
1. blend cili , bawang putih , kicap hingga lumat
Cara Hidangan :
- Daging ayam - disiat-siat
- Suhun, digoreng
- Bawang goreng
- Daun bawang/sup
- Nasi Himpit
- Pegedil
P/s : berjela kan resipi?tapi mudah jeeeee ponnn :D
2 comments:
salam kenal dari akak
\hurmmm sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
Salam kak ieda..
alamak segan la pulak ade org tengok belog saya ni.hihi.salam perkenalan dari sye jugak kak :)
Post a Comment