Showing posts with label simple dish. Show all posts
Showing posts with label simple dish. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Deep Fried Fish Fillet with Blackpepper Sauce


Salam 3layk.


Saya kebuntuan nak masak apa sebenarnya.
Act,biasa je resepi ni.hihi.saya buat butter rice makan dengan dish ni.*makin gemok la camni*
Kalau di Malaysia saya/emak selalu gunakan salmon untuk masakan gini..
makan hingga menjilat jari la kami :D
^_^




Bahan-bahan :

Deep Fried fillet :
2 keping fillet - potong kecil
tepung goreng serbaguna
serbuk lada sulah
1-2 tbsp tepung jagung
minyak secukupnya
*saya tak guna telur untuk menyalut nya*

Blackpepper sauce
1/2 biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
1 biji capsicum merah/kuning/hijau
1 tbsp lada hitam biji - sangai dan kisar halus
1 tbsp sos tiram
daun bawang
halia - tak letak
1/4 cwn air
larutan tepung jagung

Cara -cara :

1) Tumis bawang putih.bawang merah,halia dan lada hitam hingga naik bau.
2) Masukkan sos tiram dan kacau sedkit.Tambah air biarkan merenih sekejap.
3) Perlahankan api.Letak capsicum dan daun bawang.Biarkan layu.
4) Masukkan larutan tepung jagung dan biarkan kuah pekat.
5)Siap!

***

the leftovers.turned to fried rice.hihi.makan untuk dinner :)

Asam Pedas Ikan Melaka style Perantauan


Salam 3layk

Tajuk entry macam tak leh bla je kan.ekekeke.name je lebih,tapi simple je sebenarnye,boleh main campak-campak time tumis pastu tinggal kan die mereneh dan buat keje lain*style mak la ni*.Kalau dekat Malaysia mak kate ni masakan masa bila *M* menjelma dalam diri dan jika kesuntukan masa.Asam Pedas juga merupakan menu yang slalu kami santap sekeluarga~name pon org Melakeeee kan.seminggu 3 kali masak asam pedas pon tade hal punye.Tapi kali ni style perantau ikot stok yg ade je le yer :)





Asam Pedas Ikan style Melaka

Bahan-bahan :

2 ekor ikan kembung
cili kering kisar - setengah senduk kecil - saya suka kuah pekat
bawang putih - 3 ulas *
bawang besar - 1/2 biji *
1 tsp halba - sangai
1 inch belacan bakar *
kunyit hidup - besar ibu jari *
lada hitam biji - sangai dan mesin
1/2 - 1cawan air asam jawa
1 cawan air
2-3 tbsp minyak untuk menumis
garam kasar/halus *
tomato/bendi/terung

#kisar bahan-bahan bertanda * #

Cara-cara :

1) Panaskan minyak.Tumis bahan kisar,halba,lada hitam dan tumis hingga garing dan naik bau.
2) Masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai betul2 garing dan terbit minyak.Guna api sederhana utk elakkan hangus.
3) Masukkan air asam jawa.Biarkan seketika.
4) Masukkan ikan dan masak dengan api perlahan hingga kuah pekat
    (tambah air/air asam jawa mengikut citarasa/kepekatan/kemasaman kuah yg anda mahukan)
5) Perasakan dengan garam.Sesuaikan rasa masam dan masin nye.
6) Masukkan tomato dan biar seketika.Padamkan api.
7) Sedia di makan dengan nasi panas ^^

Friday, December 2, 2011

Ayam Kicap Berempah ( versi pedas )


Salam 3layk

Kali ini saya mahu share satu resipi main campak-campak yang termudah untuk di masak~belog saya ni kan untuk mereka yang mahukan hidangan berkhasiat dan mudah untuk disediakan~hehehe,terutama untuk anak-anak dara yang masih study dan tak banyak masa nak allocate kat dapur :D , 
segan sebenornye nak post entry ni sbb macam budak kecik pon bole buat.huhu
mai la tengok resipi nye ye ^^


Ayam Kicap Berempah
Source : sendirian berhad.tehehehe~
Hidangan : 3 orang

Bahan-bahan :
Ayam - lumur dengan kunyit+garam-goreng setengah masak
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih
1 batang serai - titik/ mesin dengan bawang besar
1 inch halia - tak letak sbb stock dah habis.huhu
2-3 tbs cili padi kisar
1 tsp serbuk jintan manis
1 tsp serbuk ketumbar
4 tbs kicap manis
1 tbs sos cili
1 tbs sos tiram
2 biji ubi kentang - potong nipis dan goreng
1 biji tomato - belah 4
1 biji cili benggala - potong panjang
1/2 cawan chicken broth @ air

Cara- cara :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
  2. Masukkan serai yang telah dititik.Kemudian masukkan pula serbuk ketumbar dan jintan manis.Tumis lagi hingga harum.
  3. Masukkan kicap,sos cili,sos tiram.Kacau rata
  4. Masukkan chicken broth/air-ikut la nak kuah banyak atau tidak.Masak hingga kuah pekat sedikit.
  5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah di goreng,cili benggala dan tomato.Biar kan seketika dan angkat
  6. Sodap di makan panas-panas.nyum nyummmmmmm :D

Have a try !
see ~ 10 minit pon da bole siap.hehe.Bertambah-tambah kami makan malam semalam walaupun masing-masing kepedasan.pedas itu nikmat.hehe :)


wslm

Tuesday, November 15, 2011

Garlic Mashed Potato and Homemade Meatballs

Salam 3layk

Oooh benda dah lama gila buat.Untuk kesenangan diri sendiri dan orang-orang terdekat yg akan tanya resepi,saya paste kat sini je la.Berjaya pancing Adam dengan mashed potatoes ni.Adam kate,emm sedapnya.kihkihkih.

mashed potatoes w/out gravy.suci bersih jek kan
Source : Hanamemories
Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream -used 3/4
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)* takde
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi 
meatballs

 Meatbalss ni simple jek.Minced beef + black pepper + bawang besar (chopped)+ bawang putih (chopped)+tepung jagung+garam.Pastu kepal kepal.Then rebus / goreng dgn sedikit minyak
DONE.
mari ternak lemak di musim WINTER.hihi

Asam Pedas Daging Kerbau

Salam 3layk

Salam Eidul Adha semua warga bumi Anbia dan orang di Malaysia.Sedih bila dengar org takbir sayup sayup pagi hari.huuuuuu~Tadi balik dari open house Gee dapat daging kerbau sumbangan kerajaan Negeri Perak untuk anak-anak Perak,eksaited lah jugak bila dapat sekilo daging kan.heheh..mula la nak plan itu ini.Di sebabkan Aisyah kata dia ngidam nak makan asam pedas daging nenek dia,so saya cuba la buatkan jugak Asam Pedas Daging ni walaupun rasa tak sama pon..ese teringin nak makan Asam Pedas Daging Tetel sebona eh.haihh.tggu la balik Msia nnt ^____^



Bahan-bahan

250 gm daging-rebus dan simpan air rebusan nya
1 tsp biji halba
1 biji bunga lawang
¼ sudu teh jintan manis *
¼ sudu teh jintan putih *
1 inch  belacan *
1 inch kunyit hidup / ½ sudu serbuk kunyit *
1 inch lengkuas *
1 inch halia *
1 tsp blackpepper
>bahan bertanda * kisar halus

Bahan C :
2-3 helai daun limau purut
1 btg serai - ketuk
1/2 cawan asam jawa
1-2 cwn Air rebusan daging
Garam
Minyak untuk menumis



Cara-cara :




















.
  1. Panaskan minyak.Tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan air rebusan daging.Biarkan menggelegak.
  3. Masukkan air asam jawa.Adjust rasa masam dan kepekatan kuah.(kalau masam kurang kan air asam jawa,kalau pekat sngt tambah la dengan air rebusan daging tadi )
  4. Masukkan serai dan daun limau purut.biar seketika.
  5. Masukkan garam.dan renihkan ikot kepekatan yang anda suka.
  6. Hidangkan dengan nasi panas.



sila lah cube.hihi,insyaALLAH licin pinggan.hee
maap la gambo takde.

wslm

Sunday, November 13, 2011

Express Sizzling Mee

Salam 3layk

now already 8 pm in Egypt-winter is back,sejukkkk amatttt.walaupun takde salji.
after study group tadi,Gee said wanna have something hottttt
so i godek godek kotak stock, jumpa organic mee tu dan macam teringin nak makan sizzling mee.haha
ia adalah kombinasi resipi main campak-campak dan ikot stock.Its nutritional noodles indeed cz im using organic noodles.hahaha.High protein mee ni sangat gemok@tebal.Memang kenyang sampai ke pagi.

Organic High Protein Noodles yang saya bawak dari Malaysia

Ingredients
1 packet Organic High Protein Noodles
1-2 garlic-finely chopped
1 inch ginger - finely sliced
2 tbs chilli paste *optional
1 large egg
breast chicken/squid/prawns*optional
2 tbs light soy sauce
2 tbs dark soy sauce
1tbs oyster sauce
1 tsp sesame oil
2 tbs vege oil
cabbage
carrot
tomatoes
1 cup water/chicken broth
1 tsp of corn flour+water

Methods :

  1. Boil the spaghetti according to the packet and drain.
  2. Heat the pan and add 2 tbs of vege oil,add chopped garlic when the pan already hot.Stir-fry until aromatic.
  3. Add oyster ,soy sauce and add sliced chicken breast.
  4. Add chicken broth and let it cooked through.
  5. Add shredded cabbage and carrot.Stir-fry for about 2-3 min.Add diluted corn flour.
  6. When the mixture already mixed well add egg and slow the heat.Stir on sesame oil.
  7. Lastly, add the noodles. Serve hot !

 

Birthday Cake