Showing posts with label Mee/Bihun. Show all posts
Showing posts with label Mee/Bihun. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Bihun versus Suhun


Salam 3alayk

entry post-makan satu kejadian yang saya sendiri kurang pasti apa source of origin dia.*hiks.ape lah pelik benau ayat dah lama tak menulis ni eh*huhu.ok lupakan saja.btw,harini my turn yang masak.Pastu ada pulak mek sorang kat rumah ni yang terlebih-lebih mengidam nak makan bihun,padahal lagi 2 weeks je nak balik Malaysia.huuuuu~

 kasi close-up sket..texture translucent kan?tak sama macam bihun kat Malaysia tu.


 Asal kejadian benda ni sebijik sejibun macam bihun kita kat Malaysia tu.Idk if we're cheated by the seller.kahkahkah.Nampak benau tak reti nak membeli pastu nak salahkan orang lain pulak kan.Ni bihun imported dari China *if i'm not mistaken*.Masa p Berlin haritu pon dapat makan bihun camni kalau tak silap.Sedih bila tengok kejadian selepas ia di masak ok.tapi rasa kelassss gitew.kahkahkah.bodek diri sindiri je lah kan.

yang ni ha pon nampak dia melekat-lekat each other,tapi tak lembik pon.senang cerita macam suhun dalam sup sayur tu.
 ok nak sambung study and kena tidur awal harini =( semalam jumpa dermatologist utk check-up lagi.*ehem i dont have any scabies or whatsoever penyakit kulit gitu ok.jumpa sebab kulit muka haritu kering bebenau*kulit senstitif mengade la katekan*huhu.Lagi pun kata nak tettttt kan,kena la jaga muka sebelum terbang pulang hujung bulan ni.hihi :D ok nak stop bebel.Mahu sambung study bertemankan alunan al-ghamidi je malam ni,Gee n Aisyah attend solat hajat held in Qaah Ibnu Sina.Doakan kami najah!!!! =)



3la kulli hal alhamdulillah dengan rezqi yang Allah bagi ni.burpp


p/s : er apsal dah nak balik Malaysia ni makin sensitif pulak bila makan belacan.Saje je immune dalam badan ni tau.tak baik dengki dengan kite.sobss. :(

Sunday, March 11, 2012

Mee Rebus atau Mee Udang :-?


salam 3alayk..

ambil masa kejap sebelum bukak buku utk study,hihi..lepas ni busy sbb mid sem exam dah nak dekat bebeno.Btw, masak mee ni semalam untuk habiskan baki udang yg depa beli utk my birthday celebs last few weeks.Aisyah kata tak berani nak masak udang.hohoh~kite yg buat die, toksah nak takot utk try masak :p . Sebenarnya tersangat sangat sangat mengidam nak makan Mee Udang Penang asli tu, so try la buat..but the taste seems like Mee Rebus Udang yang takde kacang tanah dalam die.hehe.tapi sedap je rasa resipi ni,sy curik copy resepi ni dari Kak Intan tapi saya ubah sket la.ekekeke,tanya org Penang dalam rumah ni pon dia tak tau the real taste of Mee Udang.takpe layan je la,licin je satu piuk.hihi . time kasih kawan2 habiskan walaupun tak la sedap mana den masak.hikhikhik

my portion before went to blood bank.hihi


Bahan-bahan Mee Udang :

1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng

Bahan Kuah
1 mangkuk besar air rebusan udang
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
3 batang serai ` dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
230 gm udang kering ~ ganti dengan 1 inch belacan ( its from the same base aight )
 2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus - tak guna
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus
2 biji telur ayam - tak guna
sedikit paste tomyam
Perencah sup tulang - tak guna
3 ekor udang galah ~ guna udang biasa dan sy goreng sedikit
2-3 tbsTomato sos - ni sy tambah
Garam dan gula secukup selera

Cara-cara :
  • Panaskan minyak dalam periuk
  • Tumiskan bawang hingga naik bau .Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing
  • Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing
  • Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit
  • Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi
  • Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat
  • Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati
  • Masukkan garam dan gula mengikut selera
  • Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
  • Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna
  • Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.
** notes : saya tak pecahkan telur dalam kuah sbb sebelum hari kejadian kami dah makan telur ( we're strictly stick on  pyramid diet- nanti ibu Aisyah bising.ekeke) & seboleh mungkin kurangkan perencah/flavor tambahan.hihi.ampun pada empunya resepi :)



enshaAllah bertemu lepas habis mid semester exam ,till the next post.doakan kami ya! :)

Sunday, March 4, 2012

Spaghetti Bolognese

Salam 3alayk

Sorry guys..Has been a while not updating any recipes and news in both blogs*nobody will noticed it lah.hihi*
actually,i'm quite busy with all the stuff,meeting,liqa' and still adapting myself to the new schedule&semester.Time left us so fast aight..errr..ok stop babbling!.Btw, we just had this simplest-quick-and delicious lunch last week*euwww..puji masakan sediri*haha..

lets take a look bebeh :)


sorry for the picture..its so blur..DSLR takde :p


  • 3-4 tablespoon oil 
  • 2-3 tbsp chillies paste/blended
  • 1 medium onion, finely chopped
  • 1 medium carrot, peeled, chopped in dice
  • 2 garlic cloves, crushed
  • 500g beef mince
  • 4-6tbsp tomato paste
  • 4 fresh tomatoes-diced and crushed
  • 1 teaspoon dried oregano 
  • 2 cups chicken broth/stock
  • 2-3 tsp honey@sugar
  • salts and pepper
  • 400g spaghetti
  • Grated  mozarella cheese-to serve
Method :
  1. Heat oil in a large saucepan over medium-high heat. Saute in onion and garlic, stirring, for 5 minutes or until softened.Add chillies paste and stir until it becomes dark red. Add mince until browned.
  2. Add carrots,tomatoes,oregano, and chicken broth. Bring to the boil. Reduce heat to low. Simmer, uncovered, for 20 to 30 minutes or until thick. Season with salt,sugar@honey and pepper.
    *add water as you like*.
  3. Meanwhile, cook pasta in a large saucepan of boiling with drops of oil, following packet directions, until tender. Drain.
  4. Divide pasta among serving bowls. Spoon over sauce. Serve topped with cheese and meatballs.


Friday, December 2, 2011

Soto Ayam

 Salam 3layk

Ini menu untuk budak mengidam.huhu.Winter buat saya craving tak tentu hala~Hari-hari akan tengok dessert recipe dalam iphone tu,setiap petang (kalau sempat )lepas habis kelas pon tengok any updates dari blogger lain.Kecuq air liuq cheq wehhhhh.Semua benda kalau boleh nak buat,cuma bergantung pada stock yang ada la.Now,stock makin berkurang.muahahaha.and i need to exercise lotsssssss!output kena sama dengan input energy.huhuhu~ape ape pon mari kite nengok recipe :D


Source: kelentang kelentung ikot cita rasa sendiri
Kuah soto :
  •   ayam, direbus ( saya rebus dan siat je )
  •   3 ulas bawang putih *
  •   1 labu bawang merah*
  •   1 batang serai*
  •   1 sup bunjut
  •   Rempah Soto Power- heheh memang power !
  •   1 sudu besar ketumbar (disangai dan di kisar halus)
  •   Air - digunakan untuk membuat stok ayam - renih
  •   3 sudu makan minyak masak
  •   Garam
* blend semua bahan sekali

p/s:kalau takde rempah soto, boleh je nak buat soto ni,macam buat sup ayam,cuma tambah black pepper,jintan manis,ketumbar,pes Sup

Cara



1.Rebus ayam terlebih dahulu.Keluarkan isi ayam yang telah empuk dan          siat-siat.Letak tepi.Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok ayam.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali lain.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga terbit bau.Masukkan pes Soto.
4. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam stok ayam .
5. Didihkan dan sesuaikan rasa 



Pegedil
  • 5 biji kentang kuning-rebus hingga empuk dan lenyek
  • Daun sup/saderi
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang goreng
  • 1 sudu serbuk pes soto
  • 1-2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur, dipukul
  • minyak untuk menggoreng
  • garam- optional 
  • * boleh juga masukkan minced chicken/beef

Cara
1. Lenyekkan kentang hingga hancur2

2. Masukkan  lada hitam, daun saderi/(sup) dan bawang goreng
3. Masukkan tepung jagung.gaul hingga sebati.
4. Masukkan garam dan  gaul rata
5. Kepalkan adunan
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam.untuk elakkan dari berlerai semasa menggoreng
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur dan goreng hingga keperengan

Sambal kicap
  • 15 biji cili padi- sini takde cili padi.i used cili hidup hijau je *
  • 2 ulas bawang putih *
  • ½ cawan kicap manis *
  • gula sedikit - tak letak

    * goreng hingga layu
 
Cara
1. blend cili , bawang putih , kicap hingga lumat


Cara  Hidangan :
  • Daging ayam - disiat-siat
  • Suhun, digoreng
  • Bawang goreng
  • Daun bawang/sup
  • Nasi Himpit 
  • Pegedil
1) letakkan semua bahan dalam mangkuk
2) curahkan kuah soto
3) Sedia di makan panas-panas :)




P/s : berjela kan resipi?tapi mudah jeeeee ponnn :D

Friday, November 18, 2011

Mee Bandung Muar


salam 3layk

           Hari ni turn saya masak.Life as a student-di perantauan.Semua kena berdikari.huhu.Dari tak pandai masak,dah bole bagi anak org laen makan *oopss* :D , So hari ni decide nak buat Mee Bandung je.Sebab bole jimat masa.Next week got exam.hehe.Godek-godek resipi kat tenet,teros masak,pestime masak Mee Bandung kat sini.Dlu nak buat takde udang kering.So,ni resipinya.mekaseh tuan punya resipi.sedap!Cik Aisyah dah sound awal-awal nnt letak resipi.huhu.





Source : my resipi
Bahan-bahan:

1 paket spaghetti/ mee kuning ( sini takde mee kuning)
2 sudu besar cili kisar *ikut nak pedas mana*
2 ulasbawang putih
2 biji  bawang besar * sini takde bawang kecik*
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
Daging *di rebus dan ambil airnya
Kobis-hiris kasar
1/4  cawan gula pasir
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam *ikut hidangan*
 Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun bawang/bawang goreng untuk hiasan
 

Cara-cara

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan daging rebus
6. Masukkan sayuran dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
7.Pecahkan sebiji-sebiji telur ayam semasa hendak menghidang.
8.Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.
9.Sedap di makan panas-panas.memang hor-liawwww!




juri kat rumah ni kate sodappppp.hehe.alhamdulillah

Tuesday, November 15, 2011

Laksa Johor Anak Perantau

  • Salam 3layk


  • Laksa Johor 
  • Source : My Resepi

  • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan kembong 1 kilo 
  • udang basah 100gm ( tak guna,udang kat mesir mahal.huhu)
  • isi ikan kurau - 10 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar) *tiada*
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket) *tiada*
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah) *lagi la takde stok kat mesir ni*
  • sedikit kicap manis
  • ** Sambal Belacan **
  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil,gula dan garam

Cara-cara

  1. rebuskan ikan,  udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**
  11. mesinkan semua bahan dan hidangkan

Sunday, November 13, 2011

Express Sizzling Mee

Salam 3layk

now already 8 pm in Egypt-winter is back,sejukkkk amatttt.walaupun takde salji.
after study group tadi,Gee said wanna have something hottttt
so i godek godek kotak stock, jumpa organic mee tu dan macam teringin nak makan sizzling mee.haha
ia adalah kombinasi resipi main campak-campak dan ikot stock.Its nutritional noodles indeed cz im using organic noodles.hahaha.High protein mee ni sangat gemok@tebal.Memang kenyang sampai ke pagi.

Organic High Protein Noodles yang saya bawak dari Malaysia

Ingredients
1 packet Organic High Protein Noodles
1-2 garlic-finely chopped
1 inch ginger - finely sliced
2 tbs chilli paste *optional
1 large egg
breast chicken/squid/prawns*optional
2 tbs light soy sauce
2 tbs dark soy sauce
1tbs oyster sauce
1 tsp sesame oil
2 tbs vege oil
cabbage
carrot
tomatoes
1 cup water/chicken broth
1 tsp of corn flour+water

Methods :

  1. Boil the spaghetti according to the packet and drain.
  2. Heat the pan and add 2 tbs of vege oil,add chopped garlic when the pan already hot.Stir-fry until aromatic.
  3. Add oyster ,soy sauce and add sliced chicken breast.
  4. Add chicken broth and let it cooked through.
  5. Add shredded cabbage and carrot.Stir-fry for about 2-3 min.Add diluted corn flour.
  6. When the mixture already mixed well add egg and slow the heat.Stir on sesame oil.
  7. Lastly, add the noodles. Serve hot !

 

Birthday Cake