Showing posts with label kudapan. Show all posts
Showing posts with label kudapan. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Spiral Sausage

Salam 3alayk

bertemu kembali cik cik puan puan semua.kihkihkih.ada orang dah suruh update blog yang bosan ni.malas sebeno nye nak menaip.Vitamin M banyak sangat.hee~btw,ni buat makan last week,sebenarnya nak buat donut tapi donut tu tak berapa nak jadik kejadian dia.Tapi, yang spiral ni ada lah rupa sket.Resepi saya ambil dari banyak  source sbb bergantung dengan bahan yang saya ada dan kerajinan tuan badan.hihi.Nak yang mudah je katenye,skali terbantut pulak.huuu~Apa-apa pon dah selamat di telan oleh rakan serumah,gamba donut lagi tak sempat nak ambil sbb angkat je dari kuali tunggu sejuk sket dah kena ngap dengan anak-anak ribena kat rumah ni.huhu.Ok guys,mai cekidaut the recipe :)



500kg tepung gandum-ayak
1/2 paket dry yeast
1 biji telur
2 tbsp butter- next time nak lebihkan lah,sebab doh kering sangat
1 cwn fresh milk
1 tbsp gula
1 tsp garam
Sausage-celur skit
Minyak utk goreng

1) Satukan semua bahan kering dalam besen yg agak2 senang nak uli doh tu.
2) Buat lubang kat tengah-tengah,pecahkan telur.
3) Masukkan butter dan sedikit demi sedikit masukkan susu
4) Uli hingga tak melekat di tgn.Tutup doh dengan kain selama sejam-sampai doh naik 2 kali ganda
5) Bila doh dah naik,tumbuk doh utk keluarkan udara dalam tu
6) Uli dengan menggentel secara memanjang dan lilit pada sausage
7) Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasa

*selamat mencuba*
hunting for doughnut recipe yang gebus dan lembut!nak buat jugak tu.huuu~
lepas ni dah busy exam mungkin tak bersiaran sangat dah

Monday, March 19, 2012

Apam Balik Simple

Salam 3alayk 

Upon some request from cik-gorgeous sekalian,saya tetap juge update in this fatrah exam.hiksss,we just started our study week for a week.Semoga Allah mudahkan segalanya dan tidak di rapuhkan hati dengan hal yang tidak patut.whoaaahhh statement kelas tewwwww :p ok ok nak cakap pasal Apam Balik.Idea nak buat ni daripada Kak Syima semasa kami berkunjung ke Berlin January lepas.Baru tahu ter-amat simple je buat Apam Balik ni jika kita ikut resepi dengan betul.ekekeke,jgn derhaka resepi okay (something happened for the 1st batter-idk).Hm,lepas ni tak payah nak pegi pasar malam atau beli tepi jalan tu.Kalau buat kat rumah kan terjamin kebersihan dan ke-HALAL-an makanan tu,siap baca selawat skali kan..ceh cehhh~



APAM BALIK

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan susu segar ataupun (1 1/2cawan susu cair tambah 1/2 cawan air)
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C (tabur)
1 tin jagung krim - sy buat homemade cream corn :)
sedikit gula pasir
Kacang tanah yg telah dihancurkan
Sedikit Planta (jika suka)

Cara membuat
1)- Gaulkan semua bahan A di dalam mangkuk besar
2)- Masukkan bahan B dan kacau rata
3)- Panaskan kuali dan sendukan adunan
4)- Biarkan adunan tiga suku masak (biar sekejap aje)
5)- Taburkan Bahan C dan (tutup kuali seketika)
6)- Lipat dan hidangkan

Saturday, March 10, 2012

Garlic Bread & Creamy Tomato Soup


Salam 3alayk

Italian foods again and again.hehehe.~btw its super deliiiiiiicioussss when u can slurrrrrpppp-ing in while it still hot, and combined it with toasted garlic bread .It will turned sooooooooooooooooooooooooooo yummmayhhh :p ( ada rasa nak slapping tak ) muahahahaha.oke jom tengok recipe mudah bangat neh,
pasni tayah p Pizza Hut okayh :)

its red actually,LOMO makes it darker -,-


Creamy Tomato Soup 
 

  • 2 sb butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 labu bawang besar
  • 2 sd besar tepung gandum
  • 4 biji tomato segar-kisar halus
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 tsp teh serbuk lada sulah
  • 1/4 tspteh serbuk lada hitam atau lebih
  • 1tbs teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Oregano- ikut suka la nak letak byk mana
·    
Cara-cara:
  • Panaskan butter hingga cair,kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan, tambah bawang besar cincang.
  • Masukkan tomato yang telah di kisar.Masukkan tepung gandum tak perlu bancuh ngan air.Kacau seketika sehingga tepung gandum tidak berketul.Masukkan lagi air jika kuah pekat.
  • Kemudian baru masukkan susu, dan masukkan bahan yang lain dan kacau
  • Masak dengan api yang perlahan sahaja, tambah air jika mahu
  • Masak  sehingga sedikit pekat.
  • Sesudah cukup rasa,boleh la tutup api.

Garlic Bread
  • French bread - sy guna roti yang jual kat Mesir ni je.hehe
  • sedikit butter-room temperature
  • 3 ulas bawang putih
  • Oregano
Cara-cara:
  • Cincang halus bawang putih/kisar separuh hancur
  • Campurkan butter,garlic dan oregano dan gaul sebati
  • Potong roti meyerong,kemudian sapu dengan garlic butter yang telah siap tadi.
  • Panaskan kuali non-stick.
  • Bakar sehingga kekuningan bahagian yang disapu dengan garlic butter.Balikkan,bakar sekejap lagi.
  • Sedia di makan bersama sup tomato tadi.



Monday, December 12, 2011

Karipap Kentang


Salam 3layk

bertemu kembali
ecewahhhhh~kali ni kita main cube2 buat karipap.
yela dulu mak buat kite tengok je.hahaha.padan muke!
Alhamdulillah menjadik jugak karipap ni dan sedap rangup giteww.
Recipe kulit karipap ni saya ambil dari dapur Kak Hana.
Sebab tatau sukatan yang sebenor nye.
Inti tu buat recipe sendiri je la.Bukan susah pon kan.
Kami buat dua inti ( kentang and sardine).
Lebih tu kami buat frozen karipap.Yela sekarang ni nak breakfast 
pon tak sempat.huhu

not bad kan kelim tu.hehe
tadaaaaa.ni lepas dah goreng.LOMO effect ni buat karipap ni nmpk gelap la pulak.huhu


oke mari check recipe Karipap Kentang kite ni :)



Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 250 gm marjerin - panaskan 
  • 4 sudu besar minyak masak - panaskan
  • sedikit garam yang dilarutkan ke dlm air

Inti ( others option sambal sardine :) )
  • 6 biji kentang
  • 2 biji keledek saiz sederhana
  • beberapa helai daun kari
  • daun sup-hiris halus
  • 2 biji telur rebus - potong dadu/hancur kan je
  • 1 labu  bwg besar-blend
  • 2 ulas bwg putih-blend
  • 4 sudu besar kari ayam/daging
  • garam
  • air
  • * boleh juga tambah daging/ayam cincang - kami takde stock.heheh
Cara-cara

Kulit karipap
  1. Panaskan minyak dan marjerin.
  2. Campurkan tepung + marjerin + minyak masak yang telah dipanaskan(petua untuk dapatkan kulit rangup ni). 
  3. Gaul rata guna sudu sbb panas. Masukkan sedikit-sedikit larutan air garam. Uli doh hingga tak melekat di tgn dan mangkuk adunan.
  4. Pastu rehatkan doh dalam peti sjuk for at least half an hour.
Inti :
  1. Kupas keledek dan kentang.Potong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumis bahan kisar + daun kari hingga naik bau.Masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak. Kemudian masukkan kentang dan keledek + air.Perasakan dengan garam . Rebus sehingga kentang empuk dan air kering.Pastu masukkan hirisan daun sup dan telur yang telah dihancurkan td.Tutup api.
  3. Sejukkan inti
  4. Mulakan proses mencanai doh.Jangan canai terlalu nipis-takot terburai isi nya,dan jgn juga terlalu tebal nnt tak syiok makan.
  5. Letak inti di tengah2 dan kelim ikot citarasa anda.(asingkan daun kari tu ye)
  6. Goreng dengan api yang sederhana. 
  7. Makan panas2.sedaaaaaaaaaaaaaaaaaap.hihi


p/s: Thanks Gee and Aisyah sbb sama-sama buat karipap ni.enjoy sungguh malam tu walaupun penat kan.hehe.Gee nnt kite belajar lagi mengelim ye.hihi :P

Tuesday, November 15, 2011

Banana Pie


Salam 3layk
        Tadaaaa..my ___ pie project in egypt.hehe.Before ni selalu sangat buat apple pie kat sini.heheh.Disebabkan Baba(tuan rumah) bagi cookies pagi raya hari tu,kami pon balas la dengan Banana Pie ni haaa.Recipe dalam ipon tu Blackberry Pie tapi i suke2 je modified jadik Banana Pie.Kite yang buat die.konpem jadik punye.hahaha~Tapi pastry atas ni nmpk comot skit sebabnya dah letih sangat dengan kejadian di siang hari--open house 3-4 bijik rumah kawan-kawan.Lenkali saya buat cantik-cantik yeah.huhu~lets cekidautttt the recipe yaw :D

sila ignore keserabaian pastyr ini.janji sodap

nampak buruks kan.tp dough tu sgt gebu lembut crispy giteww~ada org request buat lagi :D


Ingredients :

Filling :
1 kg Banana-peeled and cut into slices
3/4 cup of sugar
2tsp ground cinnamon
1tbsp plain flour

Crust/Pastry
3 1/2 cup of plain flour
1 cup castor sugar ( i reduced to 3/4)
1 1/2 cup chilled butter - chopped
1 large egg
2-3 tbsp of cold water
pinch of salt and sugar

Method :

For Filling :

Combine banana,sugar,gounded cinnamon,flour and 3/4 cup of water in a pan.Cook on low heat until the sauce thickened

For pastry :
  1. Place the flour,sugar,chopped butter and salt in the bowl.Process it until the mixture resembles breadcrumbs-like.Add cold water in between the process.
  2. Add egg and process until the dough start to combine together
  3. Shape into disc and cover it with plastic wrap.Place in fridge for half/ 1 hr.
  4. After the dough is set.Roll out two third the pastry on a lightly floured surface.Line pie dish with the rolled pastry.Trim excess and reserve in fridge for 30 min.Brush the base and side of pastry with the whisked egg white.
  5. Spoon the banana filling into the pastry case.
  6. Repeat step 3 to place over the pie dish.Press the edges with fork to seal.Trim excess pastry.Brush the pie with egg yolks/egg white.
  7. Top with sugar *optional*
  8. Bake for 35-40 min untill the pastry is crisp and golden.Set aside for 10 minutes to cool.Cut into wedges.
  9. Can be served with cream/vanilla ice cream..nyum nyummmmmm!

Famous Amos Cookies-like-Recipe

salam 3layk


Tahun ni saya dengan semangatnya nak buat cookies for raya eve!
So,my mom semangat juga beli barang2 utk anak dara dia "bertukang" kat dapur.hihi
dapat la buat 6/7 jenis cookies.oh alhamdulillah bila semua licin.muehehe
so ,here i paste one of the recipes.

biscuit chocolate chips ni memang ada ala-ala Famous Amos yg menggoda gastric juice tu.

~~~~~
Famous Amos-like-Recipe


Bahan A :
  •  3/4 cwn gula perang ( kalo nak manis,lbihkan sket,tp ni pon da cukup manis)
  • 1 cawan butter( at room temperature)
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu segar
  • 1sk vanilla extract
Bahan B :
  • 4 cawan tepung gandum 
  • 1 sk garam
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang@ almond cincang (any kacang )
  • 2 cawan semisweet chocolate chips ( i letak 4 cawan..kih3)
**cookies ni agak rapuh ,kalau nak keras sket,tambah le tepung skit ye ^__^ 


method :

1) satukan bahan-bahan A dan pukul smpi kembang
2) satukan bahan-bahan B ke dlam adunan yg dah kembang tadi,- kalo nak macam famous amos tu kaup guna spatula je - ( jgn guna mixer,nnt choc chips hncur dan adunan jadik kaler coklat gelap)
3)rehatkan adunan dalam fridge selama 30 min
4) sudukan adunan atas dulang pembakar yg dah di griskan.
5)bakar pada suhu 180 dgree celcius selama 10-15min

6)doneeeee..sedia di ngapngappppppp~ 

Chocolate Moist Cake



salam 3layk

pestime buat kek moist nih.dulu Alang je suke sangat buat bende baking ni.maybe sbb dia keje kat Secret Recipe kejap kot.ye tak noks? :P , so di sebabkan saya amat-sangat- drooling melihat pictures/updates dari Kak Hana,saya dengan berani nya cuba jaya buat kek ni.masa 1st trial menjadik dan mendapat pujian dari org Malaysia.yeah yeah yeahh! kembang kembang kuncup sket bila ada orang request selalu kan.heheh.So,its a must bila saya balik Malaysia..Choc Moist satuuuu! :D


Chocolate Moist Cake
Source : Kak Hana


ni masa buat kat egypt,ade la decoration dengan stroberi


For Cake:

Flour ~1 cup
Sugar ~ 1 cup
Cocoa powder ~ 1/3 cup 
Baking soda- 1/2 tsp

Baking Powder~ 1/2 tsp
Choc Milk@ Fresh Milk~ 1/@ cup
Egg ~ 1
Salted Butter ~ 1/2 cup
Sweetened Milk ~ 1/4 cup
Vanilla extract- 1 tsp
Boiling water- 1/2 cup

Method:~

1.Preheat the oven at 200 dgree centigrate. Grease a baking dish with butter/shortening.@round tray
2.Mix the flour and baking soda by whisking together in a mixing bowl.
3..Beat the sugar and butter/oil. Add the egg and beat well.
4.Add the sweetened milk and cocoa and mix everything well.
5.Add the boiling water and vanilla extract now.
6.Finally add the flour mixture and mix everything well.
7.Pour it into the baking dish and bake for about 30-35 minutes or till the cake is done.
8.Cool on a wire rack and do the topping/frosting.



*kalau rmi tukang makan nye,double kan sume ingredients ye* 

For topping-chocs ganache :
  

Dark chocolate for cooking and 250g of  whipped cream. 


Method :

Melt the chocolate and add to the whipped cream(double boiling method).
 then when the mix is lukewarm, put to one side.
*u can add 1/2 cup of fresh milk as u like*

Once the cake are cooked, remove them from the tins and place on cooling racks.
Once cooled, put one upside down on a plate and spread with half the chocolate ganache





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DONE!

Unbaked Puding Roti Marble Coklat

Salam 3layk 



Source : Kak Hana 
Edited and Tried by : meddie-cook


Unbaked Puding Roti
    * 4-5keping roti
    * 2 biji telur
    * 1/2 cawan susu pekat-if tade tayah guna.hehe
    * 3/4 cawan susu cair-guna je susu Junaih 
    * serbuk agar2-i used choco agar/pudding kat Metro tu je :)
    * 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
    * 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
    * 3 1/2 cawan air
    

Methods:

   1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
   2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Then,masukkan dalam periuk agar2 yg dah mendidih tu
   3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
   4. Tuang ke dalam loyang /container 
    5.Sejukkan :)
Birthday Cake