Sunday, September 30, 2012

Nasi Minyak Hujan Panas

Salam 3alayk :)

Quick update.Nasi tinggi kolestrol ni buat Khamis lepas utk jamu adik-adik junior 1st yr sebelah rumah dan lebih ke sesi taaruf sbb memang tak kenal depa ni.Kesian adik2 still tak boleh adapt dengan keadaan Mesir.huhu~macam2 soalan gak dorang ni utarakan kat kami.One of them ask : Kak, apa hala tuju lepas kita grad nanti?.Oh adik adikkkkk.....Zzzzzzzz~Adat hidup kat perantauan,senior-senior dah macam mak bapak dorang jugak.Susah senang,sakit pening senior lah kena tolong.

Ok,lets cekidaut resipi Nasi Minyak ni ye.Hm,sebab tgn ni macam menggatal skit,saya letak pewarna dan ia bertukar ke Nasi Hujan Panas.hyeahhhh =) Thanks along and angah for coming and slept over here.Kan indah ukhuwwah tu =)))



Nasi Minyak Hujan Panas

3 pot beras ( basuh dan toskan )
2 pot air panas
1 1/2 susu cair/dairy milk
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 inch halia*
1 kiub ayam/stok ayam
daun pandan-simpulkan
penumis
2 tbsp minyak sapi + 2 tbsp butter/minyak masak
pewarna(merah,ijau,kuning)#optional



kisar bahan2 bertanda *


Cara-cara
1) Panaskan minyak sapi+butter.Masukkan penumis,bahan kisar.Tumis hingga wangi.
2) Masukkan susu cair dan air,kiub ayam,daun pandan dan biar sampai menggelegak
3) Masukkan beras yg sudah di toskan.Biar hingga air kering sedikit.
4) Transferkan periuk nasi tadi ke rice cooker dan masak nasi seperti biasa.Jangan gembur nasi selalu,nanti nasi hancur.
5) Bila nasi dah masak,titikan pewarna sedikit-sedikit dan gembur perlahan hingga semua warna sekata.
6) Hidangkan dengan masakan sampingan ^^


kari dalcha sayur

ayam masak merah

Jelantah/acar timun dan tomato 



Alhamdulillah ^__^

Thursday, September 20, 2012

Mini Pavlova Kurang Manis

Salam 3alayk


Next is,pavlova.ni pulak sbb ada lebihan telur putih yg guna buat crust tart nenas.Bagus kan,hihik..takde la membazir ke dalam tong sampah.Tapi masa buat ni bertiga je kat rumah ( mak-ayah-anak pompuan die ni),at the end den la kene perabihkan,tak byk pon sbb buat stgh adunan je.hee.tapi mmg sedap.rangup di luar,lembut di dalam gitewwww :)


Pavlova Kurang Manis
Sumber : Mama Glam(glam gitew nama akk ni.hihi)

4 biji putih telur
1/2 cawan gula (sia blend) - resepi asal guna 1 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

250ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila


Buah-buahan hiasan (potong ikut bentuk yang disukai):
4 biji buah strawberi
1 biji buah kiwi
6-10 biji buah anggur
1 biji buah markisa (kalau ada)


Cara-cara buat pavlova:
1. Pukul putih telur sampai menjadi soft peak. Sia guna stand mixer jak, senang ;)

2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ atau bahasa mudahnya, bertanduk. Refer gambar di bawah contoh-contoh adunan telah bertanduk.

3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.

4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.

5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.

6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (Sia gunakan acuan kek 8 inci) Tuangkan adunan ke dalam bulatan yang telah dilukis cantik tadi. Pandai-pandailah cantikkan adunan tu ya….

7. Bakar adunan selama 1 jam.

8. Bila oven berbunyi, tutup api oven, bukak sedikit pintu oven, dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven selama lebih kurang 1-2 jam.

N.B : saya buat mini pav.so just masukkan merigue tu dalam piping bag dan pipe-kn atas dulang pembakar.It turned out well too :)

Cara-cara buat whipping cream:
1. Pukul whipp cream dengan gula dan esen vanilla sampai kental.

2. Masukkan dulu dalam peti beku selama ½ jam sebelum di picitkan ke atas pavlova. Senang cerita, sebaik-baiknya buat whipping cream lepas pavlova sudah masak atau bila mahu makan pavlova tersebut. Kalau tidak, nanti whipp cream tidak nampak cantik…

Done.memang senang buat pav ni.Tapi must know all the do n don'ts.hehe.Good Luck =)

Blueberry Tartlets Recipe

Salam 3alayk

Tenggelam timbul je kan blog ni.huhu.Memandangkan macam kemalasan utk study bertandang petang2 ni,baek update recipe.berguna gak in future kan :p ok btw, i made this during last Ramadhan.Saja buat sbb ada lebihan adunan tart crust nenas tu,so i transformed them into blueberry tartlets.hehehe.Senang je ghopenye nak membuat bnde ni. Cousins request nak lagi , tapi takda kelapangan pulak.Next yr iAllah ye ^__^


1st trial.ok la kan.tgn ni keras nak melukis atas tu.huuuu



Blueberry Tartlets

Sumber : Azita Zain

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!
alhamdulillah.gebus habis.hehe

 **tips utk dapat tart yg gebus tu boleh klik kat blog kak Azita ye:)

Friday, September 7, 2012

Holla!new updates!


salam 3layk

eid mubarak and maaf zahir dan batin everyone.ahaks.sempat lagi kan.hehe.
okay,lama kan tak update.mmg takde pon intention n craving nak test any recipes yg menggiurkan bila dah berada kat bumi Malaysia ni.huhu.

but still, i've tried some recipes recently :)
will update all of the recipes after this,maybe after am back to Egypt.iAllah.

most of them are desserts.lauk pauk dah common kan kan.heee :p

these are among the recipes that i've tested.jengggggg!~

1) caramel cake
2) lemon  cheese cupcake
3) choc-rich cupcake
4) choc moist cake (FMIL suke yeay!)
5) banana choc cupcake
6) Choc chips cookies for eid
7) pineapple tarts
8) Chicken lasagna
9) Blueberry tarlets
10) Kek buah kukus (mom's speciality)
11) mini pavlova
11) Ruz kabsa Ayam ( ramai yg suka n mntak resipi :) )
12) whats more?tungguuuuuuuuuuu


rich choc cupcake


pineapple tarts

mini pavlova




for the special guest in early July ^^

ni je yang menjangkau dalam otak sekarang ni.
and most of them saya tak ambil gambar dan ada yang belum transfer.bagus kan.
mmg super busy balik kali ni.huhuhuuhu
till we meet again.doakan perjalanan pulang kami ke Mesir selamat hingga sampai ke destinasi yg di tuju.
insyaAllah :)


Birthday Cake