Tuesday, February 26, 2013

Tepung Pelita versi Perantauan


Salam 3alayk

Teringinnnnn punya pasal dan nak menghabiskan tepung beras,makan terhasillah Tepung Pelita ni.hehe,i made this after classes yesterday.Tapi buat stgh adunan drpd resepi bawah ni je sbb takut housemate tak makan,tapi rupanya both of them peminat tepung pelita.Alhamdulillah :') So meh kite cekidaut resipi mudah ni,lagi-lagi untuk org kat perantauan ni ha.Tak perlu kukus pon tau,dan di sebabkan saya takde kapur,saya buat trial and error experiment gunakan corn flour untuk likatkan adunan tu.Alhamdulillah menjadik!!Saya just buat dalam cawan plastik je,takde keje nak buat kelongsong pandan tuh.hehe




Tepung Pelita

Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 cawan air
4 helai daun pandan kisar 1 cawan air
sedikit kapur saya ganti dgn 2 tbsp corn flour

Lapisan Putih
4 sudu besar tepung beras
4 cawan santan - saya guna 1 paket santan serbuk + 4 cawan air
secubit garam
secubit gula *optional

Cara-cara
  
  1. Satukan bahan lapisan hijau dan masak atas api dan sentiasa kacau.Jangan bagi berketul-ketul tau.Kacau sampai dia berkilat dan likat sedikit dan tutup api.Masukkan dalam bekas yang sesuai.Biarkan.
  2. Lepas tu satukan bahan lapisan putih  dan masak atas api dan sentiasa kacau jugak.Masak macam lapisan hijau tadi.Dah likat tutup api dan curah atas lapisan hijau tadi
  3. Sejukkan sebentar.Masukkan dalam peti ais lagi sodapppp.hehe

 selamat mencuba :)



4 comments:

lavenderlover said...

wow sedapnyer.. ooo rupanya blh gantikan kapur dgn corn flour.. km pon ada tepung beras x habis2 lg,, hehe.. ni masak kukus ke mcm mn ni?

bintul-bakr said...

tak payah kukus pon along.ni versi ekspress punya.hehe,lepas dah masak atas api tu,letak dalam container pastu sejukkan / nak letak dlu dalam peti ais pon buleh

nabila azmi said...

mcm sng..huhu...sedpnyeeeee

bintul-bakr said...

buat la koranggg.hehe.siyes senang sgt!petang2 balik kelas sementara tggu maghrb tu kacau la tepung,dinner boleh makan :p

Post a Comment

Birthday Cake